Tekananmerupakan perkara yang kadang-kala memberikan suasana yang tidak nyaman dantidak tenang kepada mereka yang mengalaminya.

Sungguhpun tidak semua jenistekanan yang akan membawa kepada kesan negatif, mereka yang menghadapi tekanantidak kira positif atau tidak, ia perlulah untuk bijak dalam mengawal danmengatasi tekanan tersebut untuk menghindari perkara-perkara atau tingkah lakuagresif yang kurang baik kesan daripada kegagalan pengawalan tekanan itusendiri. Keberkesanan dalam mengatasi tekanan ini sebenarnya bergantung kepadaindividu yang alami tekanan itu sendiri. Hal ini demikian kerana setiap orangmepunyai cara yang berbeza dalam mengurus dan menangani tekanan. Pada bahagianini juga akan diterangkan cara mengatasi tekanan berdasarkan penulisan olehMusradinur di jurnalnya yang bertajuk Stres dan cara mengatasinya dan juga akanjelaskan cara menangani stress mengikut perspektif islam yang mana berdasarkandari hasil karya Juraimy dan Azan yang bertajuk Strategi Menguruskan TekananDari Perspektif Islam.4.1Prinsip Homeostatis dan Proses Coping terhadap Stres.Berdasarkan penulisan oleh (Musradinur,2016) di dalam JurnalEdukasi Volum 2 yang bertajuk Stres dan Cara Mengatasinya, terdapat dua(2) caradalam membantu mengatasi tekanan ini iaitu prinsip homeostatis dan prosescoping terhadap stres. Berikut merupakan penerangan yang lebih terperinciberkaitan 2 langkah tersebut.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

4.1.1 Prinsip HomeostatisTekanan yang dialami oleh seseorang akan cenderung untukmembuat seseorang tidak tenang dan merasakan seperti merugikan masa, keranamelayani tekanan boleh menyebabkan tugas yang ingin dilakukan menjadi agaklambat dan kurang produktif yang disebabkan oleh tidak begitu fokus kepadakerja dan melayani perasan tekanan itu sendiri. Oleh sebab itu, mereka yangmengalami tekanan akan berusaha sedaya upaya untuk atasi masalah ini.

Menurutjurnal tersebut, hal ini bersesuaian dengan prinsip yang berlaku kepada bendayang hidup khususnya manusia iaitu prinsip homeostatis. Melalui prinsip ini,manusia akan selalu berusaha untuk mengimbangai keadaan pada diri mereka.Sehingga, apabila suatu sata yang menyebabkan berlaku ketidak seimbangan,mereka akan cuba untuk mengembalikan keseimbangan itu semula. Misalnya, haus,lelah dan lapar merupakan contoh situasi manusia mengalami ketidak seimbangan.Keadaan ini akan mendorong manusia untuk mendapatkan makanan, berehat dan jugaminuman. Begitu juga dengan tekanan yang dialami, mereka yang mengalamiperasaan tekanan ini akan sendiri berusaha untuk mengurangkan tahap tekanantersebut.

4.1.2 Proses Coping (menangani) terhadap tekananProses coping terhadap tekanan ialah usaha mengatasi ataumengelola stres.

Menurut Bart Smet, coping mempunyai dua jenis fungsi, iaitu:                       i.     Emotional-focused copingFungsiini adalah untuk menyusun tindakan emosi terhadap tekanan. Tindakan inidilakukan oleh individu tersebut dengan penggunaan minuman keras atauperkara-perkara yang melayani perasaan. Contoh tindakan bagi fungsi ini ialahtindakan mengelakkan, menjauhkan dan juga mengabaikan, melepaskan kemarahan danseumpama dengannya.                      ii.     Problem-focused coping. Tingkahlaku yang bertujuan untuk mengurus keadaan tekanan itu sendiri denganmempelajari cara-cara baru dalam menangani tekanan itu.

Menurut Bart Smet, merekayang megalami tekanan, akan cenderung untuk menggunakan cara ini apabiladirinya telah yakin untuk mengubah situasi dan keadaan ini selalu digunakanoleh orang yang dewasa. Misalnya, tindakan memotivasikan diri, bekerja denganlebih keras dan juga menentukan strategi yang ingin dilakukan.        4.2 MenanganiTekanan mengikut Perspektif Islam            Islammerupakan agama yang lengkap dengan panduan hidupnya.

Berdasarkan rujukan yangtelah dibuat dari hasil karya (Juraimy & Azan, 2013) yang bertajuk StrategiMenguruskan Tekanan Dari Perspektif Islam terdapat strategi bagi individu yangmenghadapi tekanan.4.2.1 Strategi individu menghadapi tekanan                        Terdapat15 strategi positif yang boleh dilakukan oleh individu dalam mengurangkan ataumenghilangkan tekanan tersebut.

Kesesuaian strategi terhadap diri inibergantung kepada individu itu sendiri. Strategi-strategi tersebut ialah:a)     Mengelak dari tekananTekanan kadang kala dapat dielakkan dengan cara melakukanperancangan dan persiapan yang rapi. Misalnya, tekanan yang dihadapi olehpekerja apabila mendapat tugasan yang begitu banyak yang perlu disiapkan.Pekerja tersebut perlulah menyusun atur jadualnya dan merancang masa denganbaik agar kerja dapat disiapkan pada masa yang tepat dan sekaligus dapatmengurangkan tekanan.b)     Memberi masa untukpenyesuaianApabila individu mengalami tekanan, hendaklah merekamemberikan ruang dan masa untuk diri sendiri bertenang serta menyesuaikan diridengan keadaan semasa. Sekiranya individu dapat menyesuaikan diri, hal inidapat memudahkannya untuk berfikir dan bertindak secara rasional.c)     Bersedia untuk menghadapitekananBagi beberapa situasi yang kita dapat menganggarkan tekananakan berlaku, individu perlu untuk bersiap sedia untuk menghadapi tekanan yangbakal berlaku dengan mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya, memakanmakanan yang seimbang serta senaman yang konsisten. d)     Mengubah persepsiAda kalanya, sesuatu tekanan yang wujud adalah disebabkancara individu mempersepsikan sesuatu perkara itu.

Individu perlu menentukansikap positif terhadap tugas, rakan-rakan dan persekitaran. Selain itu,memahami politik, budaya dan keadaan persekitaran tempat bertugas. e)     Menentukan keutamaandalam kehidupan dan tugasPembahagian masa dengan membuat penyusunan jadual mengikutkeutamaan bagi sesuatu tugas dapat menghindarkan individu daripada terperangkapdengan tekanan di kemudian hari.f)      Mengawal dan mengurusmasa dengan bijakIndividu perlu meluangkan masanya dengan perkara-perkara yangberfaedah dengan membuat perancangan yang rapi dan meluangkan masa denganseimbang untuk bekerja dan berehat.

g)     Menentukan masa rehatyang produktifMasa rehat yang produktif ialah meluangkan masa denganmelakukan perkara-perkara yang menjadi kegemaran individu atau kecenderunganyang boleh memanfaatkan seperti membaca, belajar bahasa asing ataupun pelbagaijenis hobi. Menurut Islam, berzikir juga merupakan salah satu kaedah untukberistirahat.h)     Menerima hakikat dankenyataanSetiap individu haruslam menerima kenyataan bahawa adabeberapa perkara yang tidak boleh atau sukar untuk diubah. Apabila individumudah menerima sesuatu perkara yang terjadi, tahap tekanan juga dapatdikurangkan.

i)      Melakukan raptai mentalApabila seseorang individu menghadapi sesuatu situasi yangsukar, adalah lebih baik memikirkan perkara-perkara yang mungkin berlaku danalternatif yang boleh dipilih untuk menghadapi keadaan tersebut. Ini juga bolehdilakukan sebelum berlakunya kejadian. Langkah ini dapat membantu individuuntuk tidak berasa begitu tertekan.j)      Meluahkan kepada orangyang boleh dipercayaiApabila menghadapi tekanan, adalah lebih baik jika perkaratersebut diluahkan kepada seseorang yang boleh dipercayai dan sekiranya masalahtersebut agak serius, berjumpa dengan pakar-pakar kaunseling.

Melaluiperkongsian atau luahan ini, secara tidak langsung akan mengurangkan bebananyang dirasai oleh individu tersebut sekaligus berkemungkinan jalan penyelesaianjuga ditemui hasil daripada idea ataupun pendapat orang lain.k)     Teknik relaxationKetika mengalami tekanan, individu boleh melakukan teknik iniuntuk mengendurkansegala otot yang tegang atau senaman yang relax yang akanmembuat individu rasa lebih lega dan tenang. l)      Mengurangkan danMenghentikan Tabiat Merokok, Minum Alkohol, Dadah,Kaffin dan lain-lainTabiat buruk di atas tidak dapat mengurangkan tahap tekananmalah meningkatkan lagi tekanan pada jangka masa panjang dan seterusnyamenimbulkan sifat pergantungan terhadap bahan-bahan ini yang disebabkan olehketagihan.

m)  Mengambil air sembahyangdan solatPengambilan air sembahyang dan solat mampu memberi ketenanganapabila jiwa berasa tidak tenteram yang disebabkan tekanan yang dialami danseterusnya memohon kepada Allah SWT agar diberi ketenangan dan dipermudahkansegala urusan.n)     Banyakkan berzikir,berdoa dan beristighfarMelakukan ibadah dengan ikhlas kerana Allah SWT mampu untukmeredakan tekanan yang dialami. Begitu juga dengan berdoa yang mempunyai kekuatanyang tersendiri dan bantuan daripada Allah yang datang tanpa disedari bagimembantu dan menenangkan kepada mereka yang sedang menghadapi masalah atautekanan.o)     Reda dan rasionalKonsep keikhlasan dan mencari keredhaan Allah mendorong untukmenginsafi bahawa setiap perkara atau masalah yang dihadapinya adalah satu ujianAllah SWT kepada diri seseorang.